Tuesday, June 7, 2011

Anggun Hati Kita...


Hehe... tak tau nak post apew... so just rembat - Artikel iluvislam.com ...
bace ye! enjoy!
Dalam kita selalu memperelokkan wajah kita yang sudah cantik dan personaliti kita, pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita?
Hati yang sebenarnya menjadi asas pencernaan personaliti kita. Seperti mafhum hadis Rasululullah saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu. Itulah Qalbu (hati). (Au kama qal)
Ya hati. Hati di dalam bahasa arab mempunyai dua perkataan iaitu Fuad dan Qalbu.
Fuad menerangkan makna fizikal hati itu sendiri. Dan Qalbu pula bermaksud berubah-ubah.
Begitulah sifat Qalbu, berubah-ubah. Kadang-kadang kita rasa sayang, kasih dan kadang-kadang kita rasa benci dan dendam.
Semua ini berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa-paksa dan sekiranya kotor hati kita, maka buruklah perangai kita. Dan ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk.
Kalau kita selalu mencuci wajah kita atau badan dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci?
3 Jenis Hati
Sebelum itu mari kita kenal 3 jenis hati. Sediakan 3 gelas, satunya berisi air kosong. Satunya air teh dan yang satu lagi dengan air kopi pekat.
Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan?
Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.
Untuk jenis hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.
Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.
Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.
Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayang-Nya, yakinlah dengan cinta Allah.
Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin.
Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yanhg bersih dan jagalah ia selalu.
Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita.

Sunday, June 5, 2011

Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk ke Neraka Oleh Wanita.

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka
oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada
wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya:
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan
anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan
hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak
perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & puasa?
menutup aurat? pengetahuan agama? Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam)

2. Suaminya:
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan
 kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, puasanya
tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama
ke dlm neraka.

(Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri
 tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak
 kau menjaganya mengikut ketetapan syariat, maka terimalah hakikat
 yg kau akan sehidup semati bersamanya di ' taman ' neraka sana)

3. Abang-abangnya:
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita
 jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka
 hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong
dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu,
dan jgn ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat dan tidak
menutup aurat)

4. Anak2 lelakinya:
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu  perihal kelakuan yg
haram disisi Islam bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah,
mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan
di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Duhai anak2 lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau
 terlupa, krn ibu juga insan biasa yang tak lepas dr melakukan dosa,
selamatkanlah dia dr menjadi ' kayu api ' neraka. Jika tidak, kau juga
akan ditarik menjadi penemannya)