Tuesday, October 23, 2012

#LepasPMR

Assalamualaikom guys xD im going to share about my opinion and stuff about the LepasPMR activity tak best langsung bagi aku la some maybe like 'senamrobik' we're they can "keluar peluh" *kononnya bagai* to me what a waste of time . its like dah 2 hari tertunda outdoor games . bila tak nak buat bukan nak cakap , buat tak tahu je . some of the students really looking forward to the outdoor games . it break their hearts and soul when its was cancelled uninformed . seriously , please be more like High School . i asked on of my best friend who studied there the activities after pmr was up to the student . they can bring along their phones , psp , nds or ps vita and even their lappy they even had a choice whether they want to play football from 7 am till 1 pm or they can hang around in the cc (their ict lab) maybe im over-reacting or it really is sucks and because of that on last Monday half of the form 3 who came 'magically disappeared' . some of them skip school and went home . some of them when to the cybercafe . cant blame them , even I 'magically disappeared after recess xD . but i didn't skip school tough . me and some friends just hang around the school xD

Friday, October 19, 2012

Im Back xD

hey guys xD im back for awhile xD . dah lama nak tulis blog tapi macam dah lama tak ber-blogging macam hilang 'touch' lak ber-blogging . SO , im trying this now . macam xde keje nak buat kat rumah lpas PMR nie . pergi sekolah pon kalau boleh tak nak xD im not dead actually in case of anyone of you guys are wondering i just been caught by a lot of things Trial-PMR and PMR . Life just not been kind to me . Trial PMR was great i got straight A's but PMR was tough actually . aku sendiri tak tau ape aku jawab . Allahai tak tau la ape jadi kat aku mase jawab PMR =/ But now . its too late for me to do anything . Just pray and hope for the best now =/

Sunday, July 1, 2012

Menjelang Nisfu Syaaban

Assalamualaikom , guys korang tahu tak Nisfu Syaaban hampir menjelang tiba ? kalau tak silap aku nisfu syaaban adalah pada rabu ni iaitu 4/7/12 ... kat bawah tuh ada serba sedikit info yang menarik tentang Nisfu Syaaban ... hope korang enjoy membacanya !


Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yangg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makhruf dan nafi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”

Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

"Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Amalan Pada Nisfu Syaaban

Antara amalan nisfu Syaaban ialah berpuasa, solat sunat nisfu Syaaban, baca suratul ikhlas dan surah Yaasin 3 kali : bacaan pertama diapanjangkan umur, bacaan kedua dimurahkan rezeki, bacaan ketiga ditetapkan iman

Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi.” (Zubdathul Wa’izhin)

Diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berpuasa tiga dari permulaan Syaaban dan tiga hari di pertengahan Syaaban dan tiga hari di akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya, pahala seperti pahala 70 Nabi, dan seperti orang-orang yang beribadah kepada Allah swt selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid.”

Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah swtmengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit.”

Rujukan :

Nifsu Syaaban


Nifsu Syaaban III









Sunday, June 24, 2012

Jom Berpuasa !


Assalamualaikom readers , apa khabar ? sihat ? korang tahu tak ? bulan Syaaban telah menjelang tiba , bulan Syaaban adalah bulan antara Rejab dan Ramadan yang selalu dilupa manusia .. tahukah anda terdapat banyak fadhilat berpuasa pada bulan Syaaban ?

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).

Berkata Siti Aisyah r.a. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w. : Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.


Pengertian Sya’aban : Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya.

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya :

Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tidak menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.




Sumber : http://www.informasikini.com/kelebihan-bulan-syaaban/

Saturday, June 23, 2012

hey


Errr .. vapak ar ... aku recently aku gi karnival sains zon selatan , also known as MISTI Johor yang membawa maksud Minggu Sains Teknologi & Ict Negeri Johor . Aku buat video tentang ape yang ada kat situ ... Mula nak upload kat facebook , tapi facebook dah tak kasi aku upload video sbb aku selalu gune lagu orang jadi background music .. Pastu aku try la upload kat youtube , tapi sebab agak panjang 10min+ youtube tak kasi ... Inilah last option aku untuk upload kat blog aku .. harap korang suka .. kalau ada cadangan comment .. kalau nk jawab soalan untuk menang hadiah , cari aku kat fb Zamil's FB ... 


Wednesday, June 20, 2012

Hotak ar ...

Assalam yo .. guys recently mid year exam punye result dah keluar .. aku dpat no 25 ... hotak ar .. teruk gila seyh .. tak tau la ape jadi kat aku ni ... nak kata tak baca , siap bangun awal pagi smpai tak cukup tido , smpai jalan nk buka mata pon tak boleh , semata-mata nak bace buku ... nak kata tak buat latihan ... macam2 latihan aku dah buat ... hanya Allah sahaja tahu ape yang aku rase sekarang .

aku rase aku turun kelas .. sebab bnyk budak kelas 3RK2 yang dapat result yang power2 ..  well congratulations untuk korang .. korang mmg layak .. kelas 3RK1 mmg best gila . cuma majority budak non malay semua malas .. pagi2 aku ngan member aku yang sapu kelas & buang smpah , susun meja ..

itu je la pasal belajar ... skrang tentang hidup .. aku rase aku di stalk .. boleh di katakan setiap kali aku naik tangga ke kelas aku , ada orang tengok aku .. mungkin aku ni perasan .. tapi aku yakin aku tak .. seriously .. its frightening ... i just want a peaceful living studying at school don't bother me ... selain tuh , aku tak faham sesetengah budak ... seriously ... ia menimbullkan pelbagai soalan yang menghantui hidup aku ... mase tuh waktu rehat .. selalu waktu rehat hari rabu , buku subjek kh takkan ku lupa untukku taruk di bengkel .. on the way , ke sana .. buncit(kwn aku) suruh aku teman dia amik buku kh dari budak kelas 3.2 ... kat 3.2 aku sandar la kat tembok .. smbil posing cool style XD ... pastu budak kwn aku kat kelas tuh siap .. tengok aku lain mcm .. pastu aku knod la head aku kat dia.. pastu dia senyum .. pastu aku senyum balik .. takkan nk jerit ape hal sial lak kan .. orang senyum .. kita mesti senyum balik =D ,,, kecuali kalau perempuan .. kadang2 dia senyum kat kita , kita mcm rase dia senyum kat kita , tapi sebenarnya dia senyum kat member dia yg kat belakang kita .. so kite mesti bertindak bijak ... bak kata pepatah "pandai hidup , pandai mati la"

then , lepas tuh aku jmpe kawan aku aliff .. cite sikit la pasal euro ... best la .. sbb kat kelas aku mcm aku sorang je layan euro .. so ada member untuk cite euro , perasaannya diibaratkan seperti sejuta bidadari jatuh dari syurga bergabung jadi satu pastu jadi milik kita .. lelaki je kot faham ... XD ...

next , bila nk pergi ke bengkel .. there she was .. the mysterious #AS looking directly at me .. whatta fuck .. ape seyh .. menakutkan ... kalau suka cakp suka .. kalau benci ckp benci .. ni renung kat aku .. ape seyh ...
aku buknnya hensem sngat pon .. muka ada jer .. rambut pon rambut simple ...

selepas itu ... balik dari belajar kh .. belajar kh mmg best ... cikgunya cool .. walaupon mcm garang tapi cool ... garang in a cool way .. in you know what i mean .. then , there she was the mysterious #AS blocking my path .. aku nk pegi kelas dia siap halang laluan aku n kawan2 aku .. whatta fuck ... seriously .. mungkin aku kot yg perasan .. mungkin orang mmg suka buat jalan , mcm jalan vapak dia ..

guys that all for today .. insha allah i will continue blogging .. tengok background pict baru .. cuba teka kat yang mana .. lagu pon dah baru .. XD ..
k guys .. Assalam ... may peace be upon you all ... Take Care , Garnier





Monday, March 12, 2012

Cuti Pun ...

Cuti Pun ... 

Assalamualaikom ... how are you guys enjoying your holiday ? for sure it is pack with mountains of homework given by your dearest teacher ... I hope you guys fill your holiday with something meaning full ..

Hari aku nk kongsikan kelebihan ayat kursi ... Ayat kursi adalah Ayatul kursi (Arab: آية الكرسي ) merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.
(wiki)

Ayat dan pengertian

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”


# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”

# Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

Sumber: http://www.one-ummah.net/

-ZamiL Ishak-