Tuesday, April 19, 2011

Jurutera / Engineer...

Post kali nyh mmg panjang gilew gaban... sebab bidang kejuruteraan sangat luas ... ad kejuruteraan awam dan lain2... 

bace larh klau korang nk jadi jurutera... 

bagi aq klau jadi jurutera lagi senang sikit kowt berbanding jadi doktor... 

klau jadi doktor kos belajar mahal...
klau ad biasiswa senang larh... klau xde mmg susah ar...

s0 aq rase aq nk jadi jurutera... sebab kos blajar jadi Jurutera 
xde larh mahal manew berbanding dengan menjadi doktor...



KERJAYA BIDANG

KEJURUTERAAN


1.0       Tugas seorang Jurutera

Salah satu bidang profesional yang popular tetapi masih kurang dari segi sumber manusia ialah kejuruteraan. Perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion ini. Sektor awam juga memerlukan jurutera dalam pelbagai bidang.

            Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan-pengetahuan ini digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya dengan menggunakan bahan­-bahan dan sumber semula jadi.

Jurutera ialah orang yang terlatih dalam merekacipta, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Seseorang jurutera perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah yang sedia ada dan merintis kaedah-kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

2.0       Jenis-jenis kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Pelbagai pengkhususan dibidang kejuruteraan di­tawarkan oleh univensiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.  Antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.

2.1.      Kejuruteraan Awam

Kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam merangkumi tugas mengenalpasti dan memenuhi keperluan masyarakat, sama ada pada skala kecil (projek luar Bandar) atau berskala antarabangsa (membina janakuasa elektrik). 

Tugas seorang Jurutera Awam pada sesebuah projek membabitkan:
-  Menganalisis dan mengenalpasti keadaan  tapak cadangan projek
-  Konsultasi dengan masyarakat setempat tentang tapak cadangan projek
-   Perbincangan mengenai plan projek dengan arkitek atau jurutera perunding
-     mengambilkira kesan projek terhadap alam sekitar projek
-   mengemukakan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh sesuatu projek.
-     merekabentuk sesebuah projek
-     mengawasi kualiti pembinaan sesebuah projek
-     mengawasi perbelanjaan sesebuah projek

2.2.      Kejuruteraan Mekanikal

Tugas seorang Jurutera Mekanikal tertumpu dalam organisasi perindutrian yang membabitkan pembuatan peralatan mekanikal atau alat ganti peralatan mekanikal.  Tugas seoarang Jurutera mekanikal membabitkan:-
-                       merekacipta produk baru atau merekacipta semula produk sedia ada
-                       menyelia proses pemasangan alatan
-                       membina dan memasang mesin baru atau mengubahsuai peralatan yang sedia ada untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran

2.3.      Kejuruteraan Kimia

Jurutera bidang ini mempraktikkan penggunaan sains kimia.  Ahli Kimia dan jurutera berganding bahu dalam makmal penyelidikan untuk memajukan produk kimia seperti sabun pencuci, ubat-ubatan, plastik, fabrik di samping memajukan proses untuk menghasilkan barangan ini.
                        Jurutera kimia kemudian menyesuaikan operasi berskala kecil yang dijalankan dalam makmal kepada pengeluaran industri dan komersil berskala besar.  Mereka juga bekerja di bahagian jualan teknikal,pemasaran, personel,,kewangan, pengajaran dan sebagainya.

            Tugas seorang Jurutera Kimia membabitkan:
            -           mentafsir dan menganalisis kertas kawalan mutu yang ditulis oleh jurutera penyelidik.
            -                       Merekacipta dan memajukan kaedah kerja dan peralatan baru yang lebih baik serta mengubahsuai kaedah kerja dan peralatan yang sedia ada.
            -                       menentukan kaedah yang paling berkesan bagi pengeluaran bahan kimia

2.4.      Kejuruteraan Elektrik.
Kejuruteraan elektrik melibatkan setiap ciri kehidupan moden.  Jurutera elektrik berhubung rapat denganpelbagai bentuk aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, rekebentuk, pengeluaran, pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih peralatan, komponen dan sistem elektrik.
            Tugas seorang Jurutera Elektrik membabitkan:
            -                       terlibat dalam tugas-tugas yang bersangkutan dengan system yang menjana, mengeluar, mengagih, mengawal dan menggunakan elektrik.
            -                       merekacipta dan pembikinan berbagai jenis peralatan elektrik
            -                       menguji perkakas, menyelesasi masalah operasi.
            -                       menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

3.0       Potensi Kerjaya kejuruteraan pada masa hadapan
Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Setiap hari. ada syarikat-syarikat yang mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.

4.0       Kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti program kejuruteraan.
           
            4.1       Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
            4.1.1    Meminati profesion ini
            4.1.2    Mempunyai pengetahuan di dalam bidang sains, matematik dan bahasa
            4.1.3                Mempunyai kemahiran komputer      
Berkebolehan dan mempunyai kreativiti
Tekun dan bekerja keras        
Mempunyai keinginan untuk berjaya
Seorang yang dinamik
Dapat bekerja secara berkumpulan

Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV, dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, para pelajar perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.
            Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar berjaya mendapat ijazah pertama kejuruteraan sama ada universiti di dalam atau di luar negara. Tempoh pengajian  antara empat hingga enam tahun.

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia - Pelajar-pelajar boleh memohon masuk  ke  UKM,UM, UPM, USM, UNJMAS, UMS dan UiTM. Kelayakan ini juga diterima oleh universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.
Asasi/matrikulasi sains - Kursus selama satu setengah tahun ini adalah  lepasan SPM/SPMV. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini dengan jayanya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.
 (iii)      UTM   - Kursus kejuruteraan boleh diikuti secara terus di UTM
                          selepas SPM.  Kursus ini mengambil masa selama lima tahun.

Terdapat beberapa universiti swasta tempatan seperti Universiti Multimedia, Universiti  Tenaga Nasional (UNITEN) dan  di Universiti Teknologi Petronas (UTP) juga menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.

(iv) Diploma - Kursus ini ditawarkan oleh UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan serta banyak kolej swasta. Pemegang-pemegang diploma ini boleh memasuki pasaran pekerjaan. Sekiranya ingin me­neruskan pengajian di peringkat sarjana muda, pelajar boleh berbuat demikian sama ada  universiti di dalam atau di luar negara.

(v)        Program anjuran MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Program anjuran kedua-dua badan ini untuk lepasan SPM dan merupakan program pra universiti dan ijazah pertama di universiti-universiti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Korea Selatan, Jepun serta negara-negara lain  yang dipilih

5.0       Pusat-pusat pendidikan dan latihan yang menyediakan program kejuruteraan.

Banyak universiti tempatan menawarkan kursus-kursus kejuruteraan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Universiti-universiti yang menawarkan kursus di peringkat sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Univensiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Univensiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Sementara UTM, UPM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik Kementenian Pendidikan menawarkan kursus peringkat diploma.

            Selain itu, univensiti-universiti luar negara seperti Amenika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, Zealand dan Singapura juga menawarkan kursus ini.

6.0       Organisasi yang memerlukan Jurutera.

Organisasi yang memerlukan Jurutera di Malaysia ialah organisasi yang terlibat di dalam sektor pengangkutan, pembinaan, perlombongan, telekomunikasi, perindustrian, penyelidikan dan konsultasi

7.0       Pendapatan dan gaya hidup seorang Jurutera.

Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan

Kerjaya sebagai seorang Jurutera sangat mencabar kerana sebagai  seorang Jurutera anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari.  Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.  Kepuasan kerja tercapai apabila menyaksikan hasil akhir produk yang terhasil seperti bangunan, empangan atau pun jambatan dan pengetahuan yang telah dicurahkan untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup manusia.

            Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.  Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli :
Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).

            Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.



Panjang X? ahahha.. komen ehhh.. klau dh bace~ XD
   

cite cite...

Klau korang nk jadi arkitek... korang kene tahu bende2 nyh...

Ilmu pengetahuan dan kepakaran yang bagaimanakah yang perlu dimiliki oleh seorang Arkitek yang boleh melayakkannya bergelar Arkitek? 
Perkataan Arkitek berasal dari perkataan Greek – ‘Arkhitekton’, yang bermaksud ‘ketua tukang bina’ [Head builder]. Definisi tradisional pula mentakrifkan Arkitek sebagai seorang yang merekabentuk, mentadbir dan menguruskan pembinaan sesuatu bangunan. Maka tugas utama Arkitek bolehlah disenaraikan seperti berikut: 
1.      Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk,
2.      Menyediakan Lukisan Binaan, 
3.      Menyediakan spesifikasi yang memperihalkan apa yang ditunjukkan dan dinyatakan di dalam Lukisan Rekabentuk dan Lukisan Binaan, 
4.      Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum kerja-kerja binaan dimulakan, 
5.      Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum pemilihan kontraktor dibuat dan menyediakan Dokumen Kontrak apabila kontraktor telah dipilih, 
6.       Memastikan proses dan sesi rundingan untuk memilih kontraktor yang bakal membina bangunan yang telah direkabentuknya, dijalankan sebaik mungkin mengikut kehendak perundangan yang berkaitan; dan 
7.      Tugas lain termasuklah menyediakan rekabentuk dan perancangan infrastruktur sesuatu skim pembangunan dan apa sahaja hal yang berkaitan dengan sosio ekonomi yang boleh mempengaruhi proses perancangan alam bina.  
Namun gelaran ‘Arkitek’ secara lazim mengikut peruntukan undang-undang khusus berkaitan dengannya pula, hanyalah layak kepada individu yang telah mendapat pendidikan khusus dalam bidang senibina [untuk satu tempoh yang tidak kurang dari lima tahun di peringkat ijazah dan sarjana (post-graduate) dan telah diluluskan pendaftarannya untuk menjalankan praktis senibina mengikut peruntukan mana-mana undang-undang berkaitan profesion Arkitek di kawasan, wilayah, negeri atau negara dimana Arkitek tersebut memberikan perkhidmatannya. Dari segi kepakaran, Lembaga Pendaftar Arkitek United Kingdom[Architects’ Registration Council of United Kingdom – ARCUK] pula menetapkan 3 keperluan asas yang perlu ada pada seseorang Arkitek: 
i]      Mencipta [to create], 
ii]      Merekabentuk dan merancang [to design and to plan]; serta 
iii]     Mengurus dan menyelia [to manage and supervise]. 
Untuk diikhtiraf sebagai seorang Arkitek, seseorang itu disyaratkan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang mencukupi, terlatih dan mempunyai pengalaman dalam bidang senibina dalam 3 aspek keperluan tersebut di atas. 
Kewibawaan seseorang Arkitek adalah juga bergantung kepada kemampuannya melaksanakan 3 aspek keperluan asas yang disenaraikan di atas.      

Sekian... Peace Out...

Thankz for reading... please comment! XD

Cerpen

eheheheh... 

try sikit buat cerpen... klau dh bace komen larh ye...

Teguran
                               
Amin seorang anak yatim. Ibu bapa dia meninggal akibat sebuah kemalangan jalan raya yang

berlaku 3 tahun yang lalu . Sejak peristiwa pahit itu , dia tinggal bersama datuk dan neneknya di

sebuah kampung . Datuknya bekerja sebagai penoreh getah di kebun getah miliknya.

hasil daripada  torehan getah tersebut  digunakan untuk menyara hidup mereka.

Amin bersekolah di sebuah sekolah menengah yang berhampiran dengan

kampung nenek dan datuknya . Dia hanya berjalan kaki ke sekolah itu kerana  sekolah itu dekat

dengan kampungnya. Di sekolah , Amin  seorang pelajar yang miskin dan kurang pandai berbanding

dengan pelajar . Dia  tidak beli makanan pada waktu rehat , dia hanya makan bekalannya iaitu

beberapa keping  biskut dan sebotol air masak. Di kelas , Amin sering mendapat markah yang paling

rendah . Dia  kurang menyukai Cikgu Rozana kerana cikgu itu seorang yang garang dan pilih kasih.

Beliau tidak  menyukai pelajar yang kurang miskin seperti  Amin. Beliau seorang  guru yang mengajar

Bahasa Melayu . Sewaktu beliau mengajar kelas Amin , beliau hanya menumpu mengajar murid-

murid yang  kaya  . Amin sering mendapat markah yang rendah dalam Bahasa Melayu . Dia sering
ditegur oleh Puan Rozana .

“Amin ! Ape nak jadi dengan awak ni ? selalu dapat markah yang paling rendah berbandingan

rakan sekelas kamu . Awak tak rasa malukah dengan rakan-rakan lain” teguran CIkgu Rozana

membuat dirinya tersekima dari lamunan .

“Mintak maaf cikgu ! saya berusaha untuk meningkatkan markah saya pada ujian yang seterusnya”

Amin menjawab tanpa memandang wajah Cikgu Rozana .

Bunyi lonceng menanda tamat waktu persekolahan berbunyi . Semua murud bergerak pantas

menyimpan segala perkakas sekolah . Mereka teruja dengan waktu balik begitu juga Amin

untuk balik ke rumah masing-masing. Ketua kelas mengarahkan semua murid berdiri dan

mengucapkan terimakan cikgu.

“Terima Kasih Cikgu Rozana” murid-murid sebulat suara mengucapkan terima kasih kepada

Cikgu Rozana.

Keesokan harinya , Datuk Amin menyuruh Amin ke pekan untuk membeli barang dapur .

“Amin ! tolong pergi ke pasar dan beli  barang dapur”  datuknya menyuruh dengan baik.
“Oke! Sekejap lagi Amin pergi. “Amin menjawab dengan akur”

Lautan manusia memenuhi pasar tersebut . Setiap individu ingin membeli barang keperluan masing-

masing . Tiba-tiba kedengaran sebuah suara meminta tolong di telinga Amin.

“Tolong-tolong ! Ada orang ragut beg  tangan saya.”

Tanpa berlengah lagi , Amin dengan pantas menuju ke arah wanita itu. Wanita itu terus

 memberitahu Amin apa yang telah terjadi. Amin mendapati bahawa wanita itu adalah Cikgu Rozana.


Amin dengan segera mengejar peragut itu yang laju macam kilat. Amin mengejar peragut dengan

penuh semangat kerana dia benar-benar ingin membantu Cikgu Rozana itu. Semasa dia sedang

mengejar  peragut itu, kebetulan terdapat dua orang pegawai polis yang sedang meronda di

kawasan itu.  Mereka ternampak Amin mengejar peragut yang sungguh licik itu. Dengan segera,

mereka angkat  kaki untuk membantu Amin mengejar peragut itu.


Setelah beberapa minit mereka berkejar-kejaran, Ali dan kedua orang pegawai polis tadi berjaya

menangkap peragut itu. Kedua orang pegawai polis tiu terus memberkas peragut itu. Amin dengan

cepat mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua orang pegawai polis itu atas bantuan mereka.

 Amin pun mencari CIkgu Rozana tadi untuk memulangkan beg tangannya.

Apabila Cikgu Rozana itu menerima beg tangannya, dia mengucapkan terima kasih kepada Amin dan

memberinya wang bernilai seratus ringgit.


Pada mulanya, Ali menolak pemberian wanita itu. Namun, setelah didesak, Ali menerima hadiah

tersebut dengan gembira seperti peribahasa, ‘kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan’.


Sejak peristiwa itu , Cikgu Rozana berubah . Beliau menjadi seorang guru yang perihatin dan

penyayang . Beliau membantu Amin dalam mata pelajaran bahasa melayu  .

Kini Amin menjadi pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Tun Hussein Onn .

Dorongan yang diberi oleh  CIkgu Rozana telah membuat Amin bejaya mencapai cita-citanya.

Friday, April 15, 2011


Layu

sesungguhnya
tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

aku lihat layu dalam melayua
ku pasti bukan aku sorang saja yang nampak
ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
nanti dikata tak bersyukur
dikata tak sedar diri
jadi aku menyediri, memerhati
dan akhirnya mengakui
yang kita sendiri
membiarkan bunga raya melayu kekanan
dan dibiar bunga tak cantik mekar dikiri

aku lihat layu dalam melayu
tanah air kita yang punya
kita siram, kita baja
tapi angin, api kita lupa
mereka merancang masa
menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
kita lupa
nenek moyang kaya raya
jangan sekali-kali digadai harta bendanya
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu

takkan melayu hilang didunia
ya, tapi apa guna
tak hilang didunia
kalau kewujudan tidak dirasa
petah berbahasa
kudrat tak berjasa
orang berbudi
kita hanya tahu merasa
selalu lari bila dirapat
selalu malu bila soalan diaju
selalu segan memberi pendapat
rela mengikut dari meneraju
belum nyanyi sudah bersorak
suka berjanji dalam borak
bukan kata tak ada otak
cuma tak berfikir di luar kotak

ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu
ku lihat layu dalam melayu

aku jadi sayu
bunga menangis dia mendayu
mau jadi cantik tapi ragu
aku merayu
bangunlah semula hidup kembali
jangan tunggu matahari mati
cepatlah mekar sebelum terlerai

perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai
perjuangan kita belum selesai

perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu
tanda bangsanya yang berjaya

contribute by
Malique-layu