Tuesday, April 19, 2011

Cerpen

eheheheh... 

try sikit buat cerpen... klau dh bace komen larh ye...

Teguran
                               
Amin seorang anak yatim. Ibu bapa dia meninggal akibat sebuah kemalangan jalan raya yang

berlaku 3 tahun yang lalu . Sejak peristiwa pahit itu , dia tinggal bersama datuk dan neneknya di

sebuah kampung . Datuknya bekerja sebagai penoreh getah di kebun getah miliknya.

hasil daripada  torehan getah tersebut  digunakan untuk menyara hidup mereka.

Amin bersekolah di sebuah sekolah menengah yang berhampiran dengan

kampung nenek dan datuknya . Dia hanya berjalan kaki ke sekolah itu kerana  sekolah itu dekat

dengan kampungnya. Di sekolah , Amin  seorang pelajar yang miskin dan kurang pandai berbanding

dengan pelajar . Dia  tidak beli makanan pada waktu rehat , dia hanya makan bekalannya iaitu

beberapa keping  biskut dan sebotol air masak. Di kelas , Amin sering mendapat markah yang paling

rendah . Dia  kurang menyukai Cikgu Rozana kerana cikgu itu seorang yang garang dan pilih kasih.

Beliau tidak  menyukai pelajar yang kurang miskin seperti  Amin. Beliau seorang  guru yang mengajar

Bahasa Melayu . Sewaktu beliau mengajar kelas Amin , beliau hanya menumpu mengajar murid-

murid yang  kaya  . Amin sering mendapat markah yang rendah dalam Bahasa Melayu . Dia sering
ditegur oleh Puan Rozana .

“Amin ! Ape nak jadi dengan awak ni ? selalu dapat markah yang paling rendah berbandingan

rakan sekelas kamu . Awak tak rasa malukah dengan rakan-rakan lain” teguran CIkgu Rozana

membuat dirinya tersekima dari lamunan .

“Mintak maaf cikgu ! saya berusaha untuk meningkatkan markah saya pada ujian yang seterusnya”

Amin menjawab tanpa memandang wajah Cikgu Rozana .

Bunyi lonceng menanda tamat waktu persekolahan berbunyi . Semua murud bergerak pantas

menyimpan segala perkakas sekolah . Mereka teruja dengan waktu balik begitu juga Amin

untuk balik ke rumah masing-masing. Ketua kelas mengarahkan semua murid berdiri dan

mengucapkan terimakan cikgu.

“Terima Kasih Cikgu Rozana” murid-murid sebulat suara mengucapkan terima kasih kepada

Cikgu Rozana.

Keesokan harinya , Datuk Amin menyuruh Amin ke pekan untuk membeli barang dapur .

“Amin ! tolong pergi ke pasar dan beli  barang dapur”  datuknya menyuruh dengan baik.
“Oke! Sekejap lagi Amin pergi. “Amin menjawab dengan akur”

Lautan manusia memenuhi pasar tersebut . Setiap individu ingin membeli barang keperluan masing-

masing . Tiba-tiba kedengaran sebuah suara meminta tolong di telinga Amin.

“Tolong-tolong ! Ada orang ragut beg  tangan saya.”

Tanpa berlengah lagi , Amin dengan pantas menuju ke arah wanita itu. Wanita itu terus

 memberitahu Amin apa yang telah terjadi. Amin mendapati bahawa wanita itu adalah Cikgu Rozana.


Amin dengan segera mengejar peragut itu yang laju macam kilat. Amin mengejar peragut dengan

penuh semangat kerana dia benar-benar ingin membantu Cikgu Rozana itu. Semasa dia sedang

mengejar  peragut itu, kebetulan terdapat dua orang pegawai polis yang sedang meronda di

kawasan itu.  Mereka ternampak Amin mengejar peragut yang sungguh licik itu. Dengan segera,

mereka angkat  kaki untuk membantu Amin mengejar peragut itu.


Setelah beberapa minit mereka berkejar-kejaran, Ali dan kedua orang pegawai polis tadi berjaya

menangkap peragut itu. Kedua orang pegawai polis tiu terus memberkas peragut itu. Amin dengan

cepat mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua orang pegawai polis itu atas bantuan mereka.

 Amin pun mencari CIkgu Rozana tadi untuk memulangkan beg tangannya.

Apabila Cikgu Rozana itu menerima beg tangannya, dia mengucapkan terima kasih kepada Amin dan

memberinya wang bernilai seratus ringgit.


Pada mulanya, Ali menolak pemberian wanita itu. Namun, setelah didesak, Ali menerima hadiah

tersebut dengan gembira seperti peribahasa, ‘kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan’.


Sejak peristiwa itu , Cikgu Rozana berubah . Beliau menjadi seorang guru yang perihatin dan

penyayang . Beliau membantu Amin dalam mata pelajaran bahasa melayu  .

Kini Amin menjadi pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Tun Hussein Onn .

Dorongan yang diberi oleh  CIkgu Rozana telah membuat Amin bejaya mencapai cita-citanya.

No comments:

Post a Comment