Saturday, March 3, 2012

Taubat & More



Assalamualaikom dan Semoga Sejahtera keatas kamu,,,

1. Taubat

Janganlah melambat-lambatkan taubat kerana ajal kita
tidak memandang usia dan tempat. Firman Allah swt:

“Bagi tiap-tiap ummat itu ada ajalnya,
apabila datang ajal mereka itu, mereka tidak akan dapat
melambatkannya dan tidak pula dapat mempercepatkannya
walau sesaat jua pun”
(Al-A’raf: 34).

“Dan mohon ampunlah (beristighfar) kamu kepada
Tuhanmu kemudian bertaubatlah kamu kepadaNya,
nescaya Dia akan memberi kamu kesenangan
yang baik sehingga sampai ajalmu”
(Hud: 3).


DOA TAUBAT

Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla,
walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah,
fahablii taubatan waghfir dzunuubii,
fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi
Ilaa hilaastu lil Firdausi ahla,
walaa aqwaa ‘alaa Naaril Jahiimi. Allah,
fahablii taubatan waghfir dzunuubii,
fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi

Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu,

Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya
Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar.......
Tuhanku aku tidak layak
untuk syurgaMu
tetapi aku tidak pula
sanggup menanggung
seksa nerakaMu, 


Dari itu kurniakanlah
ampunan kepadaku,
ampunkanlah dosaku,
sesungguhnya
Engkaulah pengampun
dosa-dosa besar.......

                                          Doa Taubat . mp3

2.Yakjuj & Makjuj 

recently ada bnyk khabar angin oleh 'saintis-saintis' russia kononnya mereka telah jumpa sebuah makluk dalam 'lubang' ... kebanyakkan orang mendakwa bahawa mahluk tersebut adalah yakjuj & makjuj ... 
sebernya ada kisah tentang yakjuj & makjuj dalam Al Quran ... pada surah al khaf bermula ayat 83 hingga ayat 98 ... 


Kisah Zulkarnain dan Yakjuj & Makjuj dalam Al-Quran ...
Surah Al-Khaf (the cave/gua)

[83]
Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya”:

[84]
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

[85]
Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

[86]
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”.

[87]
Ia berkata: “Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

[88]
Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati”.

[89]
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[90]
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

[91]
Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

[92]
kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

[93]
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

[94]
Mereka berkata: “wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”

[95]
Dia menjawab: “(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

[96]
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”.

[97]
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

[98]
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”.

Furthermore , Ya’juj & Ma’juj daripada keturunan manusia.

Dari Abu Said Al-Khudri ra bahawa Rasulullah saw bersabda. “Allah berkata, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaan-Mu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” … Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu” (HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Aku rela percayakan al quran ... sebab dalam kitab ini tidak ada sebarang keraguan .. 
Firman Allah SWT yang bermaksud ...

Surah Al Baqrah [Surah 2 : 2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Assalamualaikom dan Selamat Sejahtera ke atas kamu ... 


No comments:

Post a Comment